Kaunter Pertanyaan

Loading...

Fellows

09 November 2009

Twitter Bertema Pantai


Comelnya! Itu perkataan pertama yang terbit dari bibir mungil penulis apabila melihat koleksi ikon² Twitter ini. Justeru, anda sangat digalakkan untuk menggunakan ikon² Twitter bertemakan pantai ini di blog masing².


Ikon² ini mempunyai dua set Vektor berformat .png dan .eps. Jadi, anda boleh memilih sama ada mahu memilih set pertama atau kedua. Terserah kepada anda. Untuk memuatturunnya, sila ke Elmastudio.


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih. Mahu mengetahui sesuatu tentang penulis?? Kunjungilah blog peribadi penulis di Inspirasi Dari Kisah Benar


Teruskan Membaca Twitter Bertema Pantai

08 November 2009

Masukkan Latarbelakang Pada Email Gmail


Lazimnya latarbelakang email Gmail hanya berwarna putih. Kelihatannya sangat simple tanpa sebarang kombinasi warna lain atau gambar yang menarik. Apa kata kalau anda menceriakan sedikit latarbelakangnya agar tidak terlalu suram.


1. Login ke email Gmail.

2. Pada sudut atas bahagian kanan email, klik pada Settings - Themes.

3. Pilih sahaja tema yang anda suka. Jika anda memilih tema bergambar, anda perlu memasukkan data lokasi untuk penukaran kali pertama sahaja.

Siap. Selamat mendekorasi Gmail anda.


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih. Mahu mengetahui sesuatu tentang penulis?? Kunjungilah blog peribadi penulis di Inspirasi Dari Kisah Benar


Teruskan Membaca Masukkan Latarbelakang Pada Email Gmail

06 November 2009

Lindungi Gambar Dengan Watermarktool


Anda mahu meletakkan watermark pada setiap gambar anda?? Ianya antara lain adalah untuk melindungi gambar² anda daripada diplagiat secara tidak bermoral oleh orang lain.


Anda cuma perlu memuatnaik gambar anda ke Watermarktool, sepuluh gambar bersaiz tidak melebihi 200kb dibenarkan dimuatnaik di dalam satu masa. Selepas itu, isikan maklumat yang berkaitan di bahagian Personalise. Jika anda mahu watermark itu memenuhi segenap ruang gambar, tandakan pada kotak Text Repeat. Kemudian klik sahaja butang Generate. Akhir sekali, klik kanan pada gambar yang telah siap diedit dan simpan ke dalam komputer anda. Siap.


Komen anda amat dihargai untuk membaiki mutu blog ini. Terima kasih. Mahu mengetahui sesuatu tentang penulis?? Kunjungilah blog peribadi penulis di Inspirasi Dari Kisah Benar


Teruskan Membaca Lindungi Gambar Dengan Watermarktool